OHuhuhu..sekali bila baca tajuk...macam pakar motivasi nak share ceramah daa!! kihkihkih...
Ntah apa kenanya...pepagi Jumaat ni tetiba rasa nk share something dgn uols..! Tak per..teringat kata2 Saidina Ali r.a. : "setiap penulis akan mati. Tapi tulisan & karyanya tetap hidup selama2nya. Maka... jadiah penulis di mana penulisannya bisa membawanya keuntungan pada dirinya bila ke alam yg satu lagi.."
Hmmm...apa yg menarik ttg Prinsip Itik Berenang ni ekk??
Well..cuba perhatikan itik yg sedang berenang. Konon2.. kita berada di tepi tasik yg luas bersama tiupan angin petang yg nyaman dan syahdu.. Berlatar belakangkan pokok2 yg menghijau dan bunga2an yg sedang mekar mewangi..
Nak2 lak..jiwa tengah kacau..Macam2 perkara berada dlm fikiran.. Bila berada di situasi yg nyaman dan damai itu..hati yg berkecamuk mula rasa tenteram. Bila tengok itik yg sedang berenang2 dgn tenang..hati mula rasa cool.
Bagusnya itik nihhh...Relax & cool jer.. Muka itik tu.... nampak tenang jer.. muka x de masalah... Silap2..klu itik tu boleh bercakap atau menyanyi..dia mesti nyanyi lagi ni ;
" relax brader...brader relax.. relax brader..brader relax!.."
Hahaha... mmg silap besar lah kata itik tu cool & relax...!
Korang x tau... betapa struggle nya itik tu kat bawah permukaan air.. Berusaha keras kakinya mengayuh ke kiri ke kanan..ke tepi..ke tengah..semata2 nak memastikan yg dia sentiasa terapung di perrmukaan air. Yg kita tengok hanyalah separuh badannya di atas permukaan yg nmpak coool jer kan? Bagusnya itik ni.. walau strugglenya kaki dia mengayuh di bwh permukaan air, muka dia tetap mempamirkan wajah yg cool, maintain relax & poyo gitu! Bukan sbb dia nak cover line tapi...dia tahu & yakin walau sukar bagaimana sekalipun dia berenang & berkayuh, dgn usaha berterusan & tanpa rasa putus asa..dia yakin dia boleh lakukan dgn baik sehingga berjaya! Itupun dgn usaha dia sendiri tanpa dibantu oleh pihak lain. Setakat ni..x nampak lak ada binatang lain dok menolong itik berenang.. Kan??
Fuhhh...caya laaa itik!! Outstanding..! Marvelous!
So...apa kaitan dengan kehidupan kita sbg manusia??
Cuba perhatikan orang yg berjaya dan ternama.. Muka dorang cool, tenang dan nampak aura karisma mereka yg tersendiri. Sebelum dorang berada di tahap skrg, dorang pun terkial2 gak berusaha utk berjaya..Dorang pun menghadapi konflik dan kegagalan sblm merasa kesenangan. Dorang berusaha sendiri sebab percaya dgn kebolehan dan keupayaan dorang sendiri..
So..moral of the story, jika kita rasa down, stress dan demotivated, renung2kan laa Teori Itik nihh... Dalam Islam, mmg dah chantek dah kalau kita applykan teori ni dalam kehidupan kita..!
Well...sekadar nk share dgn semua dan juga sebagai peringatan atau motivasi untuk diri sendiri.. Moga Allah sentiasa memberiku semangat dan kekuatan utk ku terus menempuhi segala ujian dan dugaan yg diberiNyA..
No comments:
Post a Comment