Ku nantikan saat itu!


Haiishhh... saper yang tak excited..saper yang tak bangga.. bila akhirnya..impian yang dinantikan semakin menjengah di depan mata!..

Huhuhu.. baru2 nie.. BUKU PRIMA dah exposekan petikan dari novel terbaruku yang bakal muncul di pasaran tak lama lagi.. Meh sini aku share kan kat korang :-
Status Update
By Buku Prima
Baca sedutan ini, teruja tak?

Mamat polis ni tak ada kerja ke? Sempat pulak dia nak call dan hantar SMS kat aku ni? Effa tertanya-tanya.
"Awak nak tanya satu soalan boleh?"
"Tanyalah apa dia?"
"Hmm... kalau kerap telefon dan hantar SMS kepada seseorang adakah dikira satu perbuatan jenayah jugak."
"Bergantung kepada jenis panggilan dan SMS yang dihantar sama ada adakah ianya berunsur ugutan, lulcah atau sebagainya, Kenapa? Awak dapat panggilan dan SMS begitu ke?" tanya Azlan yang mula serius.
"Belum lagi setakat ni. Masalahnya, panggilan telefon tu kadangkala sampai tujuh atau lapan kali dalam sehari. SMS pun biasa aje tapi rasa-rasanya lebih dari sepuluh SMS yang saya terima dalam sehari. Saya musykil jugak, dia tu kan seorang yang sibuk dalam kerjayanya tapi ada masa pulak buat kerja-kerja macam ni."
Di luar talian, bagai nak rak Effa menahan ketawa dari terhambur keluar. Namun tiba-tiba tiada apa-apa respon dari Azlan walaupun Effa pasti talian masih belum diputuskan.
"Helo awak? Helo Azlan?" panggil Effa, mula berasa pelik dengan sikap Azlan yang berubah tiba-tiba.
Terdengar Azlan mengeluh di hujung talian.
"Awak maksudkan panggilan itu daripada saya ya? Saya ganggu awak ke selama ni? Why don't you straight to the point. Kenapa mesti nak perli-perli saya macam ni? ujar Azlan perlahan namun kata-katanya itu bisa menikan terus ke jantung Effa.
"Err... saya...saya tak..." Effa tergagap-gagap ingin menjawab namun kata-katanya sempat dipotong Azlan.
"Saya faham! Sorrylah kalau saya ganggu awak selama ni"
Talian terus diputuskan. Effa terpinga-pinga.

Hehhe..  sila baca komen2 di bawah. Teruja tak..?? 

Apa2 pun... ALHAMDULILLAH... bersyukur sangat2 dengan feedback yang begitu memberangsangkan. Novel lum lagi kuar tapi dah banyak dapat komen positive dari bakal pembaca.. Terharuuuu sesangat..! 

Yang bestnya... entries pasal novel aku nihh antara yang paling banyak dapat "LIKE" dari pembaca!! Wooowww!!

Satu lagi yang aku rasa mahal sangat penghargaanya ialah komen dari Cik Shahida Md Khasim dari team penerbitan Buku Prima;
" En.Ali suke cite akk ni.... best katenye...!"

Perrghh... dah dapat komen cenggitu dari ketua editor pun dah cukup bersyukur... hehhehe... Tetiba rasa bangga lak!

Haiii... tak sabar nak tunggu harinya... Ya Allah.. permudahkanlah segala urusan ku ya Allah...!

Like ·  · 

No comments: