Suntikan Semangat...

 
Petang semalam, habis kerja..terus rushing ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang diadakan di PWTC.. Walaupun hujan..namun kugagahkan jua..semata2 nak jumpa novelis favourite ku! huhuhu... Memang sengaja aku pergi hari pertama kerana aku dapat menjangkakan hari pertama.. taklah berapa ramai sangat orang.. So, tak berapa crowded sangat!
Sampai2... terus carik booth SR Publication.. Sape lagi..kepunyaan novelis yg sedang melatoppp sekarang nihh, SITI ROSMIZAH tu laaa..! Haa.. seperti yang dijangkakan.. tak berapa ramai sangat pengunjung kat boot dia.. So, ambik laa kesempatan beli novel terbaru dia; CURI-CURI CINTA..and mintak tandatangan dia. Sempat gak laa bergambar bersamanya dan yang paling best.. dapat borak2 lama dengan dia. Banyak jugak yang kami bualkan. Pun.. sempat gak ambik kesempatan intai2 peluang camner nak jadi novelis under publication dia. Fuhh... Siti Rosmizah nie memang best laa... Dia siap bagi galakkan untuk menyerahkan manuskrip ku kepada syarikat penerbitannya. Caya laa...!!
 

 
Agak2 dah setengah jam tuhh... aku pun mintak diri..since ada dua tiga orang sedang que untuk minta tandatangannya. Then.. terus ke booth KARNADYA... kepunyaan yang juga novelis favouriteku sejak dulu.. iaitu AINA EMIR. Beli jugak novel terbarunya iaitu BEAUTIFUL ASMARA and terus jumpa Kak Aina Emir.
 
Dari jauh dia dah senyum kat aku! "You memang tiap2 tahun jumpa I kat sini kan?" Tegurnya. Aku senyum mengiayakan. Hebat Kak Aina Emi... dalam ramai2 peminat dia.. dia masih boleh cam muka aku. Terharu sungguh..! "Ok.. sempena 10 tahun penglibatan I dalam bidang penulisan nihh.. terima lah cenderahati dari I.." Katanya sambil menyerahkan cenderahati kepadaku.. Terharu sungguh..!
 
Terlintas di fikiran, jika suatu hari nanti..aku sudah terkenal dalam bidang ini.. aku akan menjadi seperti Kak Aina Emir.. Tak sombong dan sentiasa merendah diri. Dan.. yang paling best.. Kak Aina Emir sudi berkongsi tips-tips serta nasihat yang menaikkan semangatku untuk ku teruskan bidang penulisan yang amat ku minati ini. Time tu jugak.. semangat membara-bara.. nak menyiapkan novel yang lama dah tertangguh selama ini... huhuhu...
 
Syok sakan berborak dengan Kak Aina Emir nihh.. Macam2 dia bagi nasihat.. Sampai plan strategies untuk company dia pun dia kongsikan! Memang rasa been honoured sungguhh!! In sha Allah.. jika ada rezekiku, memang aku ingin sekali join team Kak Aina Emir ni.. Yesss!!
 
 
 
 

Cenderahati dari Kak Aina Emir..

Kepada kedua-dua penulis kesayanganku ini... TERIMA KASIH yg tak terhingga atas kesudian perkongsian ilmu dan nasihat yang menyuntik semangatku untuk berkarya.. In Sha Allah... minat dan bakat anugerah Allah ini takkan ku persiakan begitu sahaja... Moga.. jika ada jodoh dan rezeki.. In Shaa Allah.. aku ingin sekali bekerjasama dengan kalian...

No comments: