Diari seorang suri rumah sementara...
Sejak inchik hubby gi umrah.. seperti yang telah dibincangkan.. aku amik cuti selama 2 minggu berkuatkuasa 13 February - 26 February 2013. Hisshh... kengkawan ofis kata..mengalahkan aku yg nak gi umrah! Actually inchik hubby suruh aku cuti seminggu jer since anak2 yg sekolah menengah dapat cuti seminggu. So.. aku dapat jimat cuti.. Jadi, sementara aku keje.. si Kak Long boleh tengok2 kan Hariz.
Bila aku fikir balik..payah gak nak keje sebab walaupun Kak Long dan Hadzim cuti tapi mereka banyak keje2 kokurikulum dan tugas2 berkumpulan nak kena buat. Maka... malas nak fikir, aku amik jer laa 2 minggu tuhh... Nak wat camner.. tu semua anak2.. bukan orang lain kan.. Tak gemar aku nak menyusahkan orang lain untuk kesenangan aku dan anak2. Tak perr... biarlah aku berkorban untuk mereka.
Maka... sejak jadi suri rumah sepenuh masa untuk 2 minggu nihh.. masyaallah... letihnya tak terkira. Letih fizikal dan mental. Untuk minggu pertama cuti nihh... seawal Subuh aku dah bangun dan siapkan apa2 yg patut untuk anak yg bersekolah rendah. Tu belum lagi.. si hero kecik Hariz terjaga. Biasanya, pukul 6 pagi dia dah bangun. Hadooiii.. bila hero kecik dah jaga.. habis lerrr... Semua keje jadi kelam kabut.
Siap2 melayan si hero kecik.. kena hantar si Kak Long lak ke sekolahnya. Ada latihan bola jaring dan pemilihan. Pas tuhh terkejar2 balik sebab nak masak coz kat rumah.. si Hadzim dan rakan2 kelasnya sedang buat group discussion untuk projek sekolah.
Whilst cooking.. jangan lupa... si hero kecik tu gak "sibuk buat keje" dia.. Time masak.. kejap2 berenti..tutup api dapur sebab mengejar si hero kecik tuhh dari panjat tangga... panjat sofa..panjat kerusi.. buka/tutup swiss tv, masuk tangan kat kipas angin, buka almari & "kemaskan" barang2 kat dlam almari.. tu belum lagi bukak pintu bilik air..! Huwaaa.... kalau dok layan dia jerr... pukul berapa aku nak siap masak ni?? Dalam sibuk2 mengeluarkan barang2 dalam peti ais.. tiba2 terjumpa lak "bantal bucuk" si hero kecik nih dalam frezerrr...! Aiyooo... sape punya keje ni??? Harizzzz...!!!!!
Petang dah nak pukul 2, baru selesai masak.. Makan tengahari and sibuk lak tido kan si hero kecik nihh... Time tuhh... rasanya..tak tau.. sape yg tido dulu.. Hariz ker.. Mama dia agaknya?? Sebab... sedar2.. Mama dia dah terbaring dah kat tepi buaian Hariz... huhuhu... letih giler laa tuhh..!
Petang... shoot amik Kak Long kat stesen komuter Tiroi.. Bawak jugak si hero kecik nihh.. Kang sape nak jaga dia! Balik, singgah beli kuih2 untuk minum petang. Yang si hero kecik nihh.. bukan boleh lama2 kat baby seat. Paling lama pun 10 minit! Lepas tuhh... dia start laa buat aksi melepaskan diri..Tak dapat bukak tali pinggang.. pe lagi..menjerit mintak perhatian! Hadooiii... nak bawak kete pun tak concentrate.. Sudahnya.. Mama dia jadi pelumba F1 walaupun dalam hati ada ngeri gitu!
Malam... layan si Kak Lang buat keje sekolah. Makan malam ala kadar sbab dah letih yang teramat. Nasib baik si hero kecik tido awal. Tu sebab dah letih maksimum lah tuhh.. bermain di siang hari. Bila dah letih.. terus knock out..pengsan terus..! Bising macam mana pun.. tak sedar dah.. Hadoiii... hensem boy Mama nihh... macam2 ..!!
Plan nak buat keje sikit..nak sambung novel yg terbengkalai pun tak dapat diteruskan. Letih punya pasal... letak kepala..terus zzzzz.
Pukul 2 pagi... sedang lena diulit mimpi... inchik hubby call dari Madhinah.. Hmm... dia okey laa.. kat sana baru pukul 9 malam. Layan jugak laa borak walaupun mata masih tertutup...huhuhu... Bila inchik hubby tanya.. everything ok?? Jawap jer ler.. OK! Takkan nak mengadu letih plak kan.. Nanti tak pasal2 terganggu pulak ibadah inchik hubby kat sana..
Anyway... inchik hubby update, hari jumaat 15hb Feb..dia dan rombongan akan berangkat ke Mekah. Masyaalah... cepatnya maa berlalu.. Agaknya.. bagaimana kita rasa cepatnya berlalu.. begitu jugaklah mereka yang berada di sana kan. Apatah lagi yang kusyuk mengerjakan ibadah itu. Hmmm... aku dapat rasakan.. itu lah sebabnya.. mereka2 yang pegi umrah.. pasti akan pergi lagi selepas itu kerana "rindukan" suasana di situ. Ya Allah... tak sabarnya aku ingin menjadi tetamuMU ya Allah... Jemputlah aku ya Allah....!!
Well... lagi seminggu saja inchik hubby dah nak balik. Dan...lagi seminggu juga tugasku sebagai surirumah sepenuh masa kan berakhir... Walaupun penat, letih dan segala macam rasa... namun.. Subhanallah... aku bahagia akan rasa itu ya Allah...! Semuanya untuk permata2 hatiku... Dan aku pasti... mereka semua berdoa dan ternanti-nanti.. bilakah lagi.. Mama mereka akan jadi suri rumah sepenuh masa buat selama-lamanya...!
In shaa Allah.. anak2 ku... Jika Allah mengurniakan rezeki yang lebih kepada kita sekeluarga..Mama pasti menjadi surirumah sepenuh masa buat kalian semua... Doakanlah agar Allah memperluaskan pintu rezeki kita sekeluarga... Amin...
No comments:
Post a Comment