Berita kehilangan lagi...

Ya ALLAH... dalam bulan November 2012 ini.. aku menerima dua berita pemergian kawan sekolahku kerahmatullah... Sangat-sangat mengejutkan kerana kedua-duanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
 
Tidak hilang lagi rasa terkejut dan tidak percaya dengan pemergian sahabatku, Norita Zainun... baru petang tadi aku dikejutkan pula dengan berita pemergian teman sekolah rendahku dahulu (Sekolah Kebangsaan Sungala, Port Dickson) iaitu Rozehan. Bezanya, kami menerima berita pemergiannya agak lewat iaitu setelah 8 hari pemergiannya.
 
Rozehan meninggal dunia pada 28 November 2012 bersamaan hari Rabu pada pukul 3.30 petang. Beliau dikatakan telah dilanggar oleh sebuah kereta yang ketika itu beliau sedang menunggang motosikal, tidak jauh dari kedai emas kepunyaannya di Kota Sarang Semut, Kedah. Beliau meninggal dunia di hospital akibat pendarahan dalaman.
 
Aku dapat juga berbual sekejap dengan isteri arwah iaitu Mardihah. Terima kasih kepada Mardihah kerana sudi berkongsi cerita saat-saat terakhir beliau bersama arwah. Ya.. aku sangat-sangat mengerti dan faham perasaannya ketika itu. Teramat sukar menerima sebuah kenyataan bahawa orang yang kita sayang dan harapkan telah hilang dalam sekelip mata untuk selama-lamanya. Kehilangan yang secara tiba-tiba apatah lagi tiada tanda-tanda dia sakit mahupun berperangai pelik memang amat sukar dipercayai atau diterima. 
 
Namun... sesukar manapun sekali kenyataan yang terbentang di depan mata.. kehidupan harus diteruskan. Mardihah sangat beruntung kerana arwah Rozehan pergi dengan meninggalkan dua harta yang amat berharga iaitu perniagaan kedai emasnya dan empat orang permata hati mereka. Sekurang-kurangnya Mardihah tidak ditinggalkan terkapar-kapar sendirian tanpa jaminan untuk meneruskan kehidupan... Untuk itu.. Mardihah patut bersyukur...
 
 
 
Allahyarham Rozehan bersama familynya.
 
Masyaallah... dari dua berita sedih ini... sesungguhnya ianya banyak menginsafkan aku tentang hakikat kehidupan. Allah berhak mengambil nyawa hambaNYA bila-bila masa sahaja yang DIA kehendaki. Samada kita sebagai hambaNYA ini.. sudah bersedia ataupun belum ataupun baru mula nak bersedia... KEMATIAN itu pasti! Persoalannya.. memang mati itu pasti.. tapi..yang aku belum sepenuhnya pasti.. adakah aku benar-benar cukup bersedia untuk mengadap ALLAH nanti? Adakah bekalan yang aku persiapkan ini benar-benar lengkap dan menepati piawaian ALLAH?? Ya ALLAH... makin banyak aku renungkan makin aku rasakan yang aku sebenarnya belum benar-benar bersedia ya ALLAH...! Banyaknya kekurangan bekalan ku ini... Banyaknya persediaan yang aku perlu lengkapkan.. Sedangkan umur 40 tahun semakin menghampiri.. Sempatkah aku betul-betul bersedia sebelum usiaku mencecah 40 tahun nanti??
 
Ya ALLAH... ampunkan dosa-dosaku ya ALLAH... Aku ingin menjadi hambaMU yang bertakwa dan menemuiMU dalam keadaan yang benar-benar bersedia dan cukup bekalanku untuk kehidupanku di akhirat nanti..
 
Buat Mardihah dan juga untuk renungan semua...
 
Jangan takut untuk berhadapan dengan ujian dan cabaran yang diturunkan Allah S.W.T. kerana dalam kepahitan itu sudah tentu ada manisnya... :)

Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan.

Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi yang kita rasakan setelah turunnya hujan??
AL-FATIHAH buat arwah Rozehan. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman & soleh... AMIN....

No comments: