Petang tadi...dapat kiriman sms dari seorang kawan.. "...Minta maaf sbb sms ni. Cuma nak nasihatkan awak supaya hati2 bila menulis dlm blog awak ttg Allahyarhamah Norita. Ramai yg tak berapa suka awak bercerita ttg kisah silam arwah di mana ada kaitan dgn yg masih hidup. Saya cuma menyampaikan jer.. Maaf skali lagi..."
Well... first time dpt sms ni.. aku bersyukur sebab... ada gak orang yg sudi baca blog aku ni. Kedua... aku terus ucapkan TERIMA KASIH kepada sipenyampai itu atas nasihatnya dan berjanji insyaallah.. next time aku akan extra carefull and extra alert dalam bab-bab sensitivity ni. Kalau boleh.. biaralah aku fikirkan POSITIFnya akan perkara ini..
BUT... comes to the NEGATIVE side... aku terus ulang baca tulisan aku yg bertajuk SALAM HIJRAH 1434.. yg aku masukkan citer arwah sahabatku Norita Zainun.. Bukan sekali tapi lebih 10 kali untuk mencari di mana ayat2 yg mungkin menimbulkan atau menyentuh cerita yg bukan2 ttg "dgn yg masih hidup" seperti yg dikatakan itu.
Hmm... mungkinkah bab citer pasal kisah percintaan remaja kami semasa di sekolah dahulu ke?? Ehh... aku ada sebut nama penuh orang-orang yang terlibat ke?? Seingat aku.. aku hanya menyebut huruf awal sahaja nama-nama yg terlibat. Takkan satu dunia boleh tahu siapakah orangnya kecuali orang yg terlibat itu sendiri ataupun rakan2 rapat kami. Dan aku tidak menceritakan terperinci kisah remaja kami...
Apa yang aku maksudkan dan niatkan adalah... bagaimana sifat positifnya arwah tentang menghadapi segala masalah yg dihadapi. Sifat keterbukaannya dan berani menempuh segala risiko walau dia sendiri tidak tahu rintangan yg menunggu di hadapannya. Aku menggambarkan tentang seorang gadis belasan tahun yg baru sahaja lepas menduduki peperiksaan SPM sanggup menerima dan bersedia memikul peranan sebagai seorang isteri tanpa rasa gentar kerana dia percaya pilihan ibubapanya adalah yang terbaik. Buktinya, selepas berkahwin, arwah telah melanjutkan pelajarannya ke UITM atas kebenaran dan sifat keterbukaan suaminya..
Di mana ayat2 yg menyentuh ataupun mengaibkan mahupun mengungkit kisah2 silam orang lain yg hidup tu?? And comes to the comments "ramai yg tak berapa suka"... aku siap tanya kengkawan aku YANG TAHU TENTANG KEWUJUDAN BLOG aku ni.. tentang komen mereka pasal tulisan aku tu. And all of them comments "GOOD.. OK!" Ehh... berapa ramai yang tak berapa suka tu ekk?? Nak gak aku tau bilangannya dan how close they are with arwah..!
And talk about HOW CLOSE WITH ARWAH.. setakat ini, aku yang menjadi orang tengah tak rasmi sentiasa mendapat message, sms and call dari kawan2 arwah yg aku tak kenal bertanyakan tentang arwah, tentang family arwah serta kejadian yg menimpa arwah. Walhal.. aku bukanlah org pertama yg mengetahui tentang kematiannya. Even, kakak arwah juga (yg baru aku kenali) still keep in touch dengan aku dan akan berkongsi apa2 berita tentang family arwah in future. Dan satu lagi feedback yg aku terima... SEMUA rakan2 arwah (yg aku tak kenali), kesemuanya mengaku yang arwah memang rapat dengan mereka.. And kesemua mereka itu tidak mengenali aku dan tidak tahu tentang blog aku ini..!
Well... aku tak kisah pun apa anggapan orang tentang tulisan aku tu.. Mungkin orang yang membaca itu terlalu sensitif... or maybe.. dia termakan cili dan tersedak sendiri kot!... heehehe..
Apa-apa pun... Hanya ALLAH sahaja yang tahu niat aku ni.. But at the same time.. aku patut gak berterima kasih kepada si penyampai itu..kerana menyampaikan pesanan dan nasihat ini.. Ya.. aku akan lebih extra careful dalam menulis blog ini tapi... sukalah aku ingin memberitahu kepada yang berkenaan.. blog ini adalah luahan peribadi aku serta perkongsian pengalaman yang aku lalui untuk aku kongsikan bersama rakan-rakan yang sudi "mendengar" walaupun tiada sebarang feedback. Sekiranya.. selepas ini tiada berkenan di hati untuk membacanya.. ianya tidak mengapa dan tiada isu pun yang timbul. Jika ada tulisan yang seakan-akan menyindir mahupun mengutuk.. itu adalah antara luahan hati aku dengan orang-orang yang berkenaan sahaja. Tiada kena-mengena dengan "orang-orang luar" yg mungkin jauh pertaliannya dengan aku. Sekiranya masih ada "TERASA" ataupun mungkin "TERSENTAP" dengan tulisan aku walhal ianya tiada kaitan dengan niat dan maksud aku.. aku MOHON MAAF dan aku menganggapnya adalah sebagai... "TERMAKAN CILI... DIALAH YG TERSEDAK SENDIRI"..
Sekian.
TERIMA KASIH.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment