Anak bujangku yang seorang....

MUHAMMAD HADZIM BIN SHAMSUL KAMAR


24 MARCH 1999 - TAHUN 6
 
        Teringat sewaktu mengandungkan anak bujangku ini, 12 tahun yang lalu....  Sewaktu scan, terus doktor bagitau .."congrats..! baby boy inside!.." Huh..! tak suspense betul..! Memang ler teringin nak baby boy sebab anak yang first perempuan. Tapi.. agak2 lah doktor nih.. Tak reti nak surprise langsung..!
       Mengandungkan dia memang berbeza dibandingkan ketika mengandungkan anak sulungku. Kalau yang sulung tu.. ayah dia yang muntah2.. tapi kali ini.. memang semuanya aku sapu bersih. Morning sickness teruk giler.. Dah tu.. pegi kerja naik komuter lak tuhh.. Memang tak tahan dengan bau2 manusia yg bersesak-sesak dlm komuter tuhh.. Sampaikan semua orang dalam komuter tuhh.. bagi aku.. berbau kambing! Serius..! Memang aku tak leh tahan dengan semua bau2 tuhh... Sudahnya.. aku akan carik bau2 yang wangi2..  tak kiralah apa pun, janji wangi.. Hatta.. bau pencuci lantai makcik cleaner kat ofis tu pun, aku sanggup curi2 nak bau.. janji wangi!
       Tahun 1999 memang tahun yg gempak gak lah.. sebab time tuhh sibuk dgn "Reformasi - Annuar". Aku yg bekerja kat L.Ampang (belakang Masjed Jamek), memang port yg baikkk punya utk penyokong2 Annuar buat reformasi. Sampaikan aku leh joint skali wanita2 tega yg pro kpd Reformasi nihh.. Sempat gak merasa semburan air sabun bomba yg disiramkan kepada penyokong2 Annuar bg meleraikan mereka2 ni buat reformasi kat depan dan belakang Mahkamah. Masa tuhh.. memang tak sedar pun yg aku sedang mengandung. Giler tak sedar diri punya!
        Memang time mengandungkan si Hadzim nie.. semangat brutal tak pernah luntur. Tak sedar perut tuhh dah memboyot.. Ada skali tuhh.. ketika aku sampai kat stesen KTM, Bandar Tasik Selatan.. masa tuhh.. pintu komuter memang dah nak ditutup dan nak diteruskan perjalanan dah.. Aku yg berlagak superwoman nihh.. terus berlari sekuat hati demi mengejar pintu train yg dah nak tertutup tuhh.. Sempat aku menjeling kepada manusia2 yg bersesak mcm sardin kat dlm train tuhh.. Tapi hairan, naper semuanya berwajah cemas & panik bila memandang aku ekkk??? Akhirnya, aku sempat melompat masuk ke dlm train. Sebaik masuk jer kat dlm tuhh.. tiba2 aku terasa perutku mengah yang teramat dan mcm nak cramp. Aku pandang ke arah perutku. Masyaallah!! Baru aku perasan yg aku ni sedang mengandung.. tujuh bulan lak tuhh.. ! Patutlah perut aku kejang semacam..! hehhee...  Cam ner leh terlupa lak ekk...?? Nasib baik tak ada apa-apa..
        Doktor menjangkakan aku akan melahirkan bayiku ini pada 12 April 1999.. Masa tuhh.. baru bulan March.. ohh.. lambat lagi tuhh..  tapi.. perut dah rasa macam dah turun abis! Jalan pun dah mengengkang semacam.. Memikirkan aku dah tak larat nak berjalan jauh dari stesen komuter KL ke ofis di Masjed Jamek.. aku minta MC dr doktor utk berehat. Tapi.. tak berehat pun kat rumah.. Gi jalan2 cari makan kat pasar malam.. pas tuhh tawaf kat Makro Seremban beli barang.. pendek kata.. berjalan gak.. lagi jauh perjalanan dibandingkan perjalanan dari stesen KL ke Masjed Jamek.. huhuhu...
       Pada pagi 24 March 1999 bersamaan hari Rabu.. sebaik sahaja aku menghantar suamiku pergi kerja (kat depan pintu jer laa..) aku terasa perutku bergelodak semacam. Aku masuk toilet.. tengok2 ada darah kat seluar. Aku cemas gak.. terus aku tanya jiran sebelah, apa tanda tu.. Dia cakap, itu tanda dah nak beranak tapi lewat lagi. Agak2 petang nanti baru rasa gesa nak beranak tu dtg. Dia suruh aku monitor period contraction. Kalau agak2 dah selang lima minit, itu tanda dah dekat nak beranak. Kalau 15-15 minit.. so, bersiap sedialah nak gi klinik..
      Aku yg memang tak de experience beranak normal ni (sbb yg sulung tuhh.. overdue dan kena vacum) terus jer ikut cakap 'puan penasihat' tuhh.. Tapi.. bukan aku kisah pun.. aku sempat lagi menyapu, basuh kain malah siap lagi mop lantai...! Masa tengah mandi tu laa.. aku rasa perut aku memang bergelodak semacam..malah menggila sakitnya. Aku cuba monitor rasa sakit tuhh.. ehhh.. selang 5 minit - 5 minitlah! Ah sudahh... takkan dah nak beranak kot?
      Aku terus hubungi suamiku yg bekerja di P.Jaya. Dia terkejut, katanya ... "kan due date awak lambat lagi? False alarm tak?" "Takkan false alarm sakit menggila dah ni?" Tanyaku. "Ok.. ok.. awak tunggu..! Call mak terus..!Kalau saper sampai dulu, bawak awak terus ke Klinik Rekha cepat!" Arahnya. Akupun terus hubungi mak mentuaku yg bekerja di Mahkamah Seksyen Seremban. Terkejut dan kelam-kabut orang tua tuhh.. Dia pun macam suamiku juga yg tak percaya yg aku dah ada tanda2 nak beranak.
      Dipendekkan citer, selang 20 minit... suamiku dan mak mentuaku tiba serentak. Aku jadik musykil macamana suamiku yg kerja kat PJ boleh sampai time yg sama dgn mak mentua aku yg hanya kerja kat Seremban tuhh? Terbang ker apa?? Tanpa berlengah lagi.. aku pun naik keta suamiku dan mak mentua aku follow belakang. Sampai kat Klinik Rekha Seremban, aku terus duduk di kerusi pendaftaran sementara suamiku sibuk dgn urusan pendaftaran. Ketika aku menunggu urusan suamiku selesai, seorang ibu mengandung menegurku ramah... "Dah berapa bulan ni? Buat check-up ke?"  "Ehh.. dah nak beranak dah ni.. Tunggu doktor panggil jer..!" Jawab aku selamba. Perempuan itu nampak terkejut dan memandang aku dgn pelik."Ehh.. dah nak beranak, kena tunggu giliran jumpa doktor ke? Kenapa tak naik tingkat atas kat labour room sana?" Tanya dia lagi. Serentak itu juga, namaku dipanggil oleh nurse dgn suara yg lantang.. "Haiyoo mem..! Apasal u tunggu situ? Naik atas.. masuk wad sekarang!" Hehhehe... dgn muka tebal.. aku pun bangun dan terus naik tangga ke tingkat atas.
      Ketika nurse ingin menempatkan aku ke wad untuk membuat pemeriksaan, aku terus berteriak kpd nurse itu..; "Nurse.. dah tak sempat dah nihh.. Rasa macam dah nak terkeluar dah.. Cepat.. I nak masuk labour room sekarang!!" Kelam-kabut nurse tu usung troli. Ketika masuk ke dalam labour room, aku nampak masih ada lagi seorang ibu hamil yg sedang mencuba meneran. Aku ditempatkan di sudut yg bertentangan dgn ibu hamil tadi. Sebaik sahaja aku baring di atas katil di bilik labour itu, air mentubanku pecah. Dlm masa yg sama, suamiku tiba. Doktor Rekha dipanggil segera. Dalam cubaan teranan yg ketiga, terasa sesuatu meluncur laju keluar.  Beberapa saat kemudian, terdengar suara bayi menangis. Masyaallah.. apasal senang sangat keluarnya?!!
      Akhirnya lahirlah MUHAMMAD HADZIM BIN SHAMSUL KAMAR ke dunia tepat pada pukul 11.15 pagi.. Namun, selepas Hadzim dilahirkan, urinya sukar dikeluarkan secara normal kerana ianya terlekat di dalam. Tiada cara lain, uri yg hancur itu dikeluarkan dgn cara D&C. Haa... mengeluarkan uri ini teramat lah sakit melebihi sakitnya sewaktu melahirkan Hadzim.


    Kini... 12 tahun sudah usianya. Bagaimana 'kerenah' tidak menyempat-nyempat nya nak melihat dunia.. begitulah perangai tak menyemaptnya yg sudah sebati dlm dirinya. Zaman kanak-kanaknya dari usia sehari hingga kini.. memang tak ubah seperti pembawaan mamanya ketika mengandungkannya - lasak, tak duduk diam dan tak menyempat.
    Bagaimanapun... dialah satu-satunya zuriat lelakiku yang ada..  Moga Allah perkenankan doaku dan cita-citanya ingin menjadi seoarang Tahfiz yang terkenal ataupun Ikon Muslim yang hebat suatu hari nanti. INSYAALLAH....



Juara 200m - tahun 2011




Larian Si Juara



Football player (Top scorer)



Jersi No 17 - top scorer

No comments: