Permata hatiku...

Tahun 2011 sesungguhnya tahun yang benar-benar membawa pengertian yg besar kpd diriku.. Dua orang anakku menghadapi peperiksaan besar.. yg sulung ambil PMR dan yg kedua pula ambil UPSR.. Akhirnya.. setelah pelbagai rintangan & dugaan kami suami isteri hadapi dlm memastikan mereka berdua sentiasa di dalam "landasan" yg betul agar matlamat yg disasarkan tercapai.. keputusan yg diperolehi... sangat membanggakan..!

Untuk anakku MUHAMMAD HADZIM yg telah memperolehi 3A 2B dlm exam UPSR yg lalu.. Mama sebenarnya bangga dan gembira dgn tahap pencapaian anak Mama nihh... Jika dibandingkan dgn keputusan peperiksaan utk Tahun 4,5 & 6.. ianya agak mengecewakan.. Hadzim ternyata banyak main dan kurang penumpuan. Sehinggalah ketika mengambil peperiksaan percubaan UPSR, barulah nampak kesungguhannya untuk mencapai target yg diidamkan. Bagi Mama... 3A 2B itu.. sudah cukup bersyukur...

Biarpun cita-cita Hadzim untuk memasuki Institut Tahfiz Al-Quran di Gemencheh tidak berjaya, tapi.. Mama percaya.. ada hikmah di sebalik semua ini.. Bagi Mama.. SM Agama Nilai juga ada kelebihan tersendiri. Doa Mama... Hadzim akan terus fokus dlm pelajaran dan cuba buktikan kemampuan sendiri utk peperiksaan PMR akan datang..

Buat anak sulungku, NURA ADILLA... Maafkan Mama.. kerana selama ini memberi tahap piawaian yg rendah kpd anak Mama nihh...! Mama.. dan juga Ayah serta kaum keluarga yg lain sebenarnya tidak pernah menyangka dengan keputusan PMR yg Kak Long dapat baru-baru ini.. Keputusan 7A 1B.. sebenarnya adalah di luar jangkaan kami semua..(maafkan kami sekali lagi!)..Dgn sikap Kak Long yg sambil lewa & tak ambil kisah.. (termasuk asyik tidur dlm kelas, selalu kena denda keluar kelas dan mcm2 lagi..!).. membuatkan Mama hanya berharap agar Kak Long paling kurangpun dapat 4A 4B jer... Dlm jangkaan Mama, kalau Kak Long dpt keputusan bgitupun sudah memadai.. Tapi, rezeki Allah... tak ada siapa yg boleh menduga...

TAHNIAH anak-anak Mama! Mama serta keluarga kita semua amat berbangga dengan kejayaan kamu berdua... SYUKUR ALHAMDULILLAH... kepada ALLAH di atas limpahan kurniaNYA ini...

Kejayaan kamu berdua sebenarnya membuatkan Mama sedar bahawa... doa, restu serta penglibatan diri ibubapa terhadap anak-anak sebenarnya memainkan peranan yang PENTING dlm menentukan kejayaan anak-anak.

Alhamdulillah... tak sia-sia kami mengikuti segala nasihat dr ibubapa yg berpengalaman bahawa... sentiasa libatkan diri dlm apa jua aktiviti anak-anak, sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan anak-anak dlm setiap solat, tunjukkan contoh yg baik pada anak-anak agar sentiasa menjadi idola pd anak-anak sendiri serta sentiasa bertawakkal kpd ALLAH...

Moga-moga, kita sekeluarga sentiasa di dalam lindungan dan rahmat ALLAH selalu... AMIN....

Muhammad Hadzim ketika dianugerahkan sbg TOKOH SAHSIAH 2011 di sekolahnya.


Nura Adilla ketika mengambil keputusan PMR 2011nya..

Checklist keperluan baby & mama

Alhamdulillah... usia kandunganku dah masuk 7 bulan! Tak sabarnye nak beli barang baby! Maklum lerr... dah macam mengandung sulung plak.. Semua kelengkapan baby, baju2 baby & segala2 nya semua dah disedekahkan kpd adik2 & saudara-mara.. hehe.. sape sangka Allah nak bagi rezeki lagi kat aku nihh setelah 4 kali keguguran dan di lewat usia nak msuk 40an nihh...huhuhu...
oh,i just cant wait:) excited gila..!!:)
Cadang tuhh..barang2 baby akan dibeli sikit demi sikit bermula hujung minggu ini:P hehe. Memula mesti lah beli yang penting-penting dulukan..:) hee.. so nak beli ape ye?? hmm... cuba gak layan website pasal baby&mama nihh.. Akhirnya, aku dpt senaraikan barang2 keperluan baby dan barang keperluan bersalin dan apa yang perlu ada dalam beg sebelum masuk hospital ... so...check it out!! :D
BARANG ASAS KEPERLUAN BAYI
1) Bakul Pakaian Bayi
2) Baju Lengan Panjang
3) Baju Lengan Pendek 4) Seluar Panjang
5) Seluar Pendek
6) Rompers
7) Barut
8) Bedung
9) Pampers (New Born)
10) Mitten Booties
11) Tuala Kecil 
12) Topi Kepala
13) Berus Botol
14) Baby Bip
15) Diaper Bag
16) Alas Getah Bayi
17) Tilam Bayi 
18) Bantal Bayi
19) Selimut /selimut bertopi
20) Kelambu

**Nota (nasihat dari org yang dah berpengalaman):
Beli baju Size 14 adalahlebih bagus, boleh pakai lama. lebih selesa. Mudah untuk bapa pakaikan baju bayi.Kemudian, jika bayi anda membesar dengan cepat, pakaian yang bersaiz 3-6 bulan atau 6-12 bulan, boleh digunakan terus. Biasanya pakaian bersaiz ‘newborn’ hanya boleh digunakan dalam masa yang singkat sahaja.  Kalau nak beli size NEWBORN atau Size 12, beli 2-3 helai sahaja untuk hari-hari terawal.
Dari segi barut perut bayi pula, yang bertampal lebih senang untuk dipakaikan lebih-lebih lagi jika bayi jenis kuat menangis.

BARANG MANDIAN BAYI
1) Bakul Barang Mandian
2) Baby Bath
3) Baby Shampoo
4) Baby Powder
5) Baby Wipes
6) Kapas Kecil 
7) Tab Mandian Bayi

HEALTH CARE
1) Bakul Barangan Grooming &Health Care
2) Minyak Yuyi Cap Limau
3) Vicks
4) Gunting Kecil
5) Pemotong Kuku
6) Baby Lotion
7) Baby Oil
8) Krim Lampin
9) Sikat / Berus Rambut
10) Cotton Bud

BARANGAN BREASTFEEDING
1) Breast Pump Set
2) Cooler Bag Set
3) Warmer (tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh)
4) Sterilizer
5) Botol Susu
6) Storage Bottle
8) Nursing Cover
9) Nursing Bra
10) Breast Pad
11) Puting

**Note:
Puting Botol Susu
Size S – 0 – 3 bulan
Size M – 3 – 6 bulan
Size L – 6 – 12 bulan
Size XL – 12 bulan ke atas
Puting X – 6 bulan ke atas (tak tumpah)


BARANGAN ASAS UNTUK IBU
1) Set Selepas Bersalin
2) Bengkung
3) Baju Sejuk
4) Tungku Moden
5) Selipar
6) Kain Batik
7) Pad (Extra Long)
8) stokin
9) minyak urut


Beg Hospital Mama
1. Buku Rawatan Merah - LAST MINUTE
2. Kad Pengenalan - LAST MINUTE
3. Guarantee Letter - LAST MINUTE
4. Telefon Bimbit - LAST MINUTE
5. Kamera - LAST MINUTE
6. Baju / T-Shirt
7. Kain Batik
8. Tudung / Skaf
9. Stoking
10. Baju Dalam / Seluar Dalam
11. Tuala Muka
12. Peralatan Mandi
13. Tuala Mandi
14. Bedak
15. Sikat
16. Maternity Pad
17. Pad Biasa
18. Breast Pad
19. Baju Sejuk
20. Selipar
21. Beg Plastik Baju Kotor
22. Minyak Angin / Urut
23. Beg Pakaian
24. Getah rambut
25. Disposable panties (1set)
**Note:
jangan lupa bawa baju yang akan digunakan untuk pulang ke rumah(bawak la yang lawo sket..and pilih yang longgar dan butang di depan -Mudah Untuk Menyusukan Bayi)

Bakul Hospital Mama
1. Air Selusuh
2. Air Zam-Zam
3. Makanan / Minuman( biskut/roti/milo segera)
4. Termos Panas
5. Majalah / Buku / Al-Quran
6. Tisu
7. Bakul

**Nota : Selepas tempoh berpantang, perubahan hormon akan menyebabkan ibu keguguran rambut dengan teruk. Selsun Blue mampu merawat kulit kepala yang bermasalah, memberi ‘kekuatan’ dan membantu masalah rambut seperti gatal kulit kepala, kelemumur, keguguran rambut. so, mesti potong rambut dan mengawal serta menjaga rambut dengan betul

Beg Hospital Anak
1. Pampers New Born
2. Baju Siang / Malam
3. Seluar Siang / Malam
4. Mitten & Booties
5. Bedung
6. Barut
7. Topi 
8. Selimut
9. Tuala Mandi Baby 
10. Tuala Muka 
11. Baby Wipes 
12. Baby Bath 
13. Baby Shampoo
14. Baby Powder 
15. Baby Lotion
16. Baby Oil
17. Minyak Yuyi 
18. Vicks 
19. Minyak Telon
20. Diaper Beg

KELENGKAPAN LAIN
1.Kereta Sorong Bayi/stroller
2.Tempat Duduk Bayi Di Kereta
3.Bag bayi (Kecil) untuk diapers dan 1 helai baju, sekadar keluar 2-3 jam. Jenis Tote lebih praktikal dan sesuai.
4.Bag bayi (Large) untuk keluar lebih lama, bermalam
5.Tiub Menyedut Hingus / Nasal Aspirator
6.Set Ketip Kuku Bayi
7.Sikat / Berus Rambut Lembut Bayi
8.Musical Toys / Music Box Utk lenakan bayi

mak aihh...banyak nyerrr!! hmm... rasa2nyer... ada yg nak kena edit & outlisted kan nihh..Bkn semuanya nak kena beli nihh... Abih tuhh.. tiga anak2 aku yg lain nak masuk sekolah lagihh.. Kelengkapan diorangpun belum masuk checklist lagi nihh... huwaaa....!!!