Salam Maal Hijrah 1433...

Pejam celik.. pejam celik... tak sangka awal Muharram datang kembali... Ya Allah... pantasnya masa berlalu..
Alhamdulillah... takkala ini.. baru selesai membaca DOA AWAL TAHUN bagi meraikan kedatangan lembaran baru sekaligus melengkapi DOA AKHIR TAHUN menandakan penutupan dan pengakhiran hari terakhir pada 30 Zulhijjah yg lalu...
Namun... rasanya.. masih ada lagi saki baki "hutang" yg tertunggak yg belum sempurna dilunaskan untuk diri sendiri.. Masih ada lagi perancangan dan azam yg diikrarkan pada awal tahun Hijrah 1432 yg lalu.. yg belum ditunaikan.. Penghijrahan yg kurang sempurna... Kalau dalam katagori bekerja.. "Performance are not achieve"! Maka.. imbalannya.. mungkin mendapat rating yg kurang ataupun cukup2 makan.. Tak pun.. tahun tuhh.. mungkin tak merasa bonusnya...!
Bagaimanapun... aku percaya.. ALLAH tak pernah menilai hambaNYA sebegitu rupa.. Itu penilaian manusia di dunia.. yang ternyata memang TIDAK PERNAH SEMPURNA & ADIL. Ada bab2 yg mereka terlepas pandang. Ada juga bab2 yg mereka nilai tidak menyeluruh. Walau kita sudah lakukan sebaik mungkin, memberikan pembaharuan yg membanggakan tetapi jika kita bukan dalam golongan yg "terpilih" dan "yg digemari" maka.. setakat itu sahajalah pencapaian dan imbalan yg kita perolehi. Semuanya sudah dirancang dan diaturkan... Tidak lebih & tidak kurang.. Itulah lumrah manusia...

Namun.. aku yakin.. ALLAH pasti tahu akan setiap apa yg hambaNYA lakukan. Semuanya adil & setara.. Aku yakin.. aku sudah lakukan yg termampu untuk melaksanakan perancangan penghijrahanku. Antaranya.. aku sudah mula belajar mengaji tajwid.. Itu antara penghijrahanku yg terbesar kerana selama ini.. alasan MALAS sentiasa menjadi penghalang untuk aku memulakannya. Alhamdulillah.. sejak mengenali dan mempelajari semula kita kitab ALLAH ini.. hidupku terasa tenang & banyak perubahan peribadiku terserlah ke arah yg lebih positif.
Bagaimanapun.. setiap perkara yg baik dan langkah menuju merapatkan diri dengan ALLAH sentiasa ada sahaja dugaan dan cabarannya.. Dalam keadaan aku mengandung kini.. aku sentiasa diuji dengan beberapa gangguan kesihatan sehingga mengganggu masa ibadatku denganNYA. Ya ALLAH... aku harus kuat.. aku harus tabah...

Bersempana sambutan awal Muharram hari ini... doaku agar aku sentiasa menjadi hambaNYA yg sentiasa beristiqamah.. doaku juga.. agar ALLAH mengurniakan kesihatan yg baik kepadaku agar aku dapat meneruskan ibadahku denganNYA serta menjaga kandunganku sebaiknya sehingga pada waktu melahirkannya.. Juga.. agar aku dan keluargaku sentiasa mendapat rahmat dariNYA dan terpelihara dari segala godaan syaitan.... AMINNN....

Salam maal hijrah...!

AKU BERGELAR PENCERAMAH...!

Tarikh 31 Oktober 2011 (Isnin) bertempat di Sekolah Menengah Datuk Hj Abdul Samad, Port Dickson (SDASA), iaitu sekolah lamaku dahulu (dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima) merupakan tarikh yang tak dapat aku lupakan. Aku dijemput oleh Puan Pengetua, Pn.Rahana Tawan untuk memberikan ceramah tentang penulisan cerpen khusus bagi pelajar lepasan PMR.

Teruja dan berbangga atas jemputannya itu, aku lantas bersetuju walau pada mulanya merasa diri banyak kekurangannya lagi apatah lagi.. aku hanya baru beberapa bulan bergelar penulis. Namun, untuk menolak pelawaan merangkap penghargaan tertinggi daripada pihak sekolahku adalah TIDAK sama sekali. Aku akhirnya menyatakan persetujuan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada kepada adik-adik di SDASA yang berminat di dalam bidang penulisan.

Perasaan cemas dan sedikit gementar dalam diri sentiasa ada sebelum memulakan “talk show” pertama aku. Namun, sokongan 100% dari suami tersayang dan ketiga-tiga anak-anakku (mereka sanggup ponteng sekolah kerana ini!) telah memantapkan semangatku untuk menyampaikan niat ikhlasku kepada adik-adik di SDASA.

Pertemuan pertama kali dengan Puan Rohana (pengetua) setelah lebih 20 tahun tidak berjumpa memang mengujakan. Beliau masih seperti dahulu yang kukenali sejak aku dari tingkatan tiga dahulu. Di akhir pertemuan, aku dapat simpulkan niat/matlamatnya untuk mengadakan bengkel penulisan; seperti di bawah:-
  • Bercadang ingin menerbitkan sebuah antologi cerpen di mana penulisnya ialah di kalangan pelajar-pelajar SDASA sendiri. Penjualan buku antologi ini hanya kepada warga SDASA sahaja.
  • Mencari dan mengetengahkan bakat penulisan di kalangan pelajar SDASA.
  • Di samping itu, pelajar SDASA juga dapat :-
(a)    Menambahkan penguasaan bahasa,
(b)   Memiliki keupayaan berbahasa yang baik; dan
(c)    Pandai menggunakan ruang dan peluang untuk mengasah bakat dlm bidang penulisan
·         Untuk merealisasikan matlamat ini, aku secara automatiknya dilantik sebagai penasihat dalam projek ini dengan memastikan para pelajar yang berminat mendapat pendedahan dan garis panduan yang betul tentang selok-belok penulisan khususnya penulisan cerpen.
Huh! Bagus betul niat murni Puan Rahana tuhh… Time aku dulu.. memang susah ler nak dapat peluang baik macam nihh.. Ada tak ada pun.. pandai2 sendiri ler nak maju dalam bidang penulisan nihh…
Note: Teringat zaman aku masa di tingkatan 5 dahulu. Sehari sebelum aku mengambil exam SPM utk paper BM dulu.. aku dan sorang kawan ku Ijat sanggup “lari” asrama kejap semata-mata untuk menghadiri Malam Sayembara Puisi untuk penulis-penulis N.Sembilan. hehehe….  Sampai asrama dah pukul 12 tgh malam! Dek kerana pagar asrama dah tutup & berkunci… sanggup kami panjat pagar asrama.. huhuhu… giler betul time tuhh..! Dahlah.. tak study apa lagi untuk paper BM (kertas 1 & 2) esoknya. Tapi.. yg manisnya.. result untuk kedua2 paper BM aku.. dapat A1! Hehehe…. Suatu pengalaman yang indah….  J

Aku diperkenalkan kepada Cikgu Sukuna dan Cikgu Jamal serta Cikgu Shahrul untuk pengendalian bengkel ini. Sementara Cikgu Jamal memanggil pelajar2 masuk ke dalam dewan kuliah, Cikgu Sukuna mengajak aku ke kantin sekolah untuk minum pagi. Sekali lagi kenangan lama terimbau di ingatan… Banyak sudah yang berubah SDASA ini. Kantin nya pun dah makin besar dan banyak kemudahan untuk pelajar2 disediakan di kantin itu. Begitu juga terdapat bangunan-bangunan baru bagi penambahan kelas telah dibina. Yang paling ketara, pintu masuk ke SDASA sudah ada pondok pengawal yang mengawal 24 jam SDASA! Fuhh… cayalah..! Bangunan asrama dan kawasan sekitarnya juga telah dinaiktarafkan. Memang aku kagum dan bangga ler nengok perubahan sekolah lama aku nihh..

Setelah 20 minit, Cikgu Jamal menjemput aku dan anak sulungku (anak sulungku kena jadi assistant peribadiku sementara suami dan dua anak2ku yg lain telah pergi) masuk ke dalam dewan kuliah. Cikgu Jamal memberitahu, pelajar lepasan PMR ramai yang tidak datang (maklumlah lepas habis exam). Maka, dia terpaksa memasukkan pelajar2 tingkatan 1 dan 2 memenuhi ruang dewan kuliah dan sekaligus menyuruh mereka mengikuti bengkel ini.

Aku sedia maklum dengan situasi ini. Namun, niat asal harus aku teruskan walaupun sasaran utamanya lebih kepada pelajar lepasan PMR.

Barangkali, inilah cabaran utama para penceramah dalam mengendalikan sesuatu majlis – menarik perhatian audience! Memang mencabar! Lebih-lebih lagi.. ini pengalamanku yang pertama memberi ceramah di depan org ramai.. Apatah lagi... audiencenya terdiri daripada pelajar2 yang asalnya”dipaksa” untuk mendengar sesuatu yang mungkin tidak mereka minati. Daripada sessi pengenalan yang aku mulakan, aku dapat simpulkan dari 50 audience yang ada, tidak kurang sepuluh orang sahaja yg berminat… Namun, kukuatkan hati dan mengingatkan niat aku yg asal. Doaku di dalam hati, jika tidak 5 orang atau lebih pun.. sekurang2 seorang daripada mereka akan berminat dlm bidang penulisan ini selepas aku selesai berkongsi pengalaman & ilmuku.

Selesai sessi penerangan.. aku buka pula sessi soal jawab.. Alhamdulillah.. ianya mendapat sambuatan yang agak memuaskan walaupun semua soalan2 yg ditujukan datangnya dari pelajar2 perempuan. Aku memang sedia maklum tentang respon dari pelajar2 lelaki. Memang aku perasan yg mereka sebenarnya tidak berminat dlm bidang ini. Malah, aku juga perasan mereka boleh tidur di depam ku ketika aku memberi penerangan tadi.. huhuhu… sabar jer laa….!

Di akhir sessi, Cikgu Jamal mencadangkan semua pelajar yg ada di situ kena menulis satu cerpen pendek dalam masa 20 minit dan aku akan memberi komen dan panduan secara live di situ juga. Semua pelajar bising dan mengeluh kerana tidak menjangkakan permintaan Cikgu Jamal itu. Tapi yg bagusnya, dlm bising2 tuhh… mereka tetap akur dgn permintaan Cikgu Jamal! Hehehe…

Selesai 20 minit, 3 karya pelajar perempuan & 3 karya pelajar lelaki dipilih dan turut dibacakan di hadapan dewan. Kesimpulannya, mereka sebenarnya memang ada bakat menulis tetapi tidak yakin untuk mengetengahkan bakat2 mereka itu.  Yg paling aku ingat ialah karya dari seorang pelajar lelaki. Di mana pada mula sessi pengenalan seterusnya sessi penerangan.. budak nihh.. dok tidur jer.. Tapi, bila karyanya terpilih utk dibacakan di hadapan dewan, aku dapati ideanya memang kreatif! Cuma dia perlukan lagi panduan yg betul dalam selok-belok penulisan… hehehe..  macam2 hal … J

Ketika acara penutup, pihak SDASA telah menyampaikan sijil penghargaan dan wang saguhati kpdku. Terharu sungguh perasaanku sebenarnya. Terasa diriku benar2 dihargai sebenarnya. Setelah 20 thn aku meninggalkan SDASA ini.. dan kini… SDASA menjemputku dgn penghormatan yg begitu tinggi sekali. Penghargaan ini tidak akan ku sia-siakan. Justeru itu… aku ikhlas membantu dan memberi sokongan kpd segala aktiviti yg dianjurkan oleh SDASA….

Kesimpulan yg dapat aku simpulkan untuk bengkel penulisan yg julung-julung kali aku kendalikan ini:-
  • Tujuan atau niat asal: berkongsi ilmu dan pengalaman dengan adik-adik di SDASA tentang dunia penulisan yang diceburi.
  • Berdasarkan dari soalan-soalan yang dikemukan oleh para pelajar tentang penulisan dan juga ketika sessi penilaian tentang hasil karya mereka, didapati ada segelintir pelajar sememangnya berbakat besar di dalam bidang ini. Cuma mereka tidak tahu kepada medium mana untuk mreka rujuk bagi mendapatkan nasihat/panduan yang betul untuk menulis.
  • Matlamat Puan Pengetua untuk merealisasikan projek penerbitan antologi cepen ini adalah sangat bagus. Para pelajar sepatutnya merasa berbangga dan bertuah dengan sikap keperihatinan Puan Pengetua dalam mengetengahkan bakat penulisan di kalangan para pelajarnya. Ini adalah kerana, dahulu pelajar yang berminat dalam bidang penulisan ini tidak banyak mendapat peluang dan pendedahan sebegini. Peluang untuk mengasah bakat hanya tiba sewaktu pertandingan-pertandingan seperti mencipta puisi/sajak, menulis esei/karangan dan juga mengarang cerpen.
  • Para pelajar yang berminat patut meraih peluang keemasan ini agar bakat dan minat di dalam bidang penulisan ini tidak terbiar dengan sia-sia. 
  • Mudah-mudahan, pelajar SDASA yang berminat akan terus berjaya dan seterusnya mengukir nama yang gah di dalam persada penulisan ini.
Semoga pengalaman manis dan berharga ini dapatku jadikan pemangkin semangatku dalam meneruskan minatku di dalam bidang penulisan ini. Banyak pengalaman & pengajaran yg dapat kukutip dalam pengendalian bengkel ini…

Apa yg pasti.. aku tidak terimpikan title “PENCERAMAH” dalam wish list aku sebelum ini… Namun kini.. aku sedar ALLAH telah mengaturkan segala-galanya…  Yg terkini berada dalam wish list aku.. semoga satu hari nanti aku bakal menjadi penceramah/motivator terhebat yg dapat berkongsi ilmu dengan semua orang… Insyaallah….

Sijil penghargaan yg terlalu bernilai...
Suatu pulangan yg tidak ternilai...

Sessi pengenalan : memperkenalkan AIDA ANGGERIK
sebagai bekas pelajar SDASA...
Sessi soal-jawab : Tekun mendengar soalan2 drpd
pelajar2 SDASA yg berminat ttg penulisan..


     



Sessi pengaplikasian: mendengar dgn teliti
hasil karya pelajar seterusnya memberi
komen & panduan
Sessi terakhir : Penyampaian sijil penghargaan & saguhati
dari pihak SDASA..
     
Wajah baru SDASA : pintu masuk utama yg
mempunyai pondok pengawal..
Pintu masuk utama ke ASPURI & ASPURA..