Bila si Hensem Boy Mama beraya...!

 
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI….! Huhuhu… masih dalam mood raya lagi walaupun raya dah seminggu lebih berlalu… Haiii… cepatnya masa berlalu… Hari tuu..dok sayu sayu bila Ramadhan pergi.. Sebulan dirasakan macam seminggu jer…!
Bila difikirkan balik..raya tahun lepas.. aku masih dalam “mabuk-mabuk” dan “loya-loya”..! Mood nak beraya pun selalu spoil dek sibuk melayan kepala yg tengah pening2 lalat  tuhh…Tup..tup.. raya tahun nie.. dah bawak seorang ahli keluarga baru.. huhhh.. memang berbeza beraya tahun nie!
Seawal pagi.. sikecik hensem boy Mama.. siHariz dah bangun. Bila semua orang sibuk bersalaman dan bermaafan, dia pun sibuk gak nak join..! Nengoklah keletah dia kat gambar ni..
Memang excited nak bawak sikecik tuhh gi beraya.. Ye laa..dah lama tak der budakkecik.. Nak-nak terselah kehenseman sikecik bila dia pakai baju melayu..Fuhhh… Mama dia lak yang lebih2  teruja!!
Ini tahun pertama sikecik tuu beraya..mesti dia pelik sesangat bila setiap kali gi rumah orang, kenapa semua orang mesti MAKAN??  Hehehe… sudahnya..dia terkulat2 & meronta2 nak makanmacam orang lain makan gak.. Huhh..nasib baik Mama dia bawak biskut spare untuk dia.. Kesiaannn… “kitaa pun nak makan gak..!!” J
Alhamdulillah..sepanjang beraya, sihensem boy Mama nie tak pernah meragam.. Asyik ketawa jerrr.. Tu yg agak nya buat semua orang geram dan sibuk nak dokong dia! Bila dah letih.. teragak nak tidur.. tak ingat dah buaian.. terus lentok jer.. hehehe… pandaii sayang Mama nii…!
 Tapi.. yg best nya.. bila bawak diagi beraya kat kampong di Melaka…
Soalan popular yang selalu orang Tanya..; “anak saper ni??”  “anakkau? Apsal muka dia lain dari adik beradik yg  lain?  Ke.. anak amik ni??” 
Setakat soalan gitu masih boleh terima lagi..tapi yg makan ati bila dengar soalan macam ni; “eh… ada anak kecik lagi? Boleh lagi ehh?” 

Hadooiiii… macam laa aku nie wanita golongan yg masuk era menopos.Ada ciri-ciri ke aku cam tu?? Tidakkkkk….!!!! Kok ye pun..agak2 la skit bila kuar statement tuhh.. Tengoklaa orang skit… Puas sudah aku bersorak sebab dah dapat berat badan 10 tahun lepas.. Size baju pun dah betukar dari M ke S..! Kalau aku duduk sebelah anakdara aku..semua orang kata aku nie kakak dia.. Tu pun tak cukup lagi ke???
Hehhe… apa2 pun..yang bestnyer.. Mr Hubby  jawab dengan selamba soalan dorang;
“TAK LAH… NI ANAK DARI ISTERI YG LAGI SATU!” hahhaha….  :-p
Mmmm… untuk sihensem boy Mama… Mama sayanggggg  diaa…. Muuahhhhh !!!




Rezeki di bulan Ramadhan...

 
 
Wow3x! Alhamdulilah..I nak ucapkan setinggi2 TAHNIAH kpd my New Business Associates yg baru 1 bln lbih dlm industri ini. ~ Kak Rohaidah Binti Haron coz bulan July 2012 dia berada di tpt yg pertama(1st) dlm kategori New UTC bagi seluruh S'ban & N. Sembilan. She will be my next Millionaire! I know u can do much BETTER sis. Keep It Up the Great Job & C U @ The TOP!!! Together We Achieve Success!!!! — with Rohaidah Haron.
 
 ALHAMDULILLAH... tiada perkataan yg dapat diluahkan bila membaca statement di atas.. Statement dari upline tuhh yg dipetik dari FB post..Terkejut ada.. Excited ada.. Bangga ada.. Tak percaya pun ada...! Hehehhe... Memang tak sangka.. dari suka-suka nak join business UNIT TRUST.. langsung terjatuh cinta lak kat business nie..

Sebab apa?? Sebab... Dapat share dengan kawan-kawan, saudara-mara malah kenalan lain tentang kebaikan menyimpan/melabur dalam unit trust ni.  Bila dah tau segala kebaikan dan teknik2 yang bagus untuk menyimpan dan merancang kewangan, rasa bertanggung-jawab pula ingin berkongsi dengan semua. Samada mereka berminat untuk menyimpan/melabur atau tidak.. aku tidak pernah ambil kisah sangat. Yang penting.. tanggung jawab untuk menyampaikan kebaikannya telah ku laksanakan.

Aku percaya.. lambat atau tidak.. lambat laun, niat ikhlas aku pasti berbayar.. Selalunya aku memberi peluang mereka untuk memikirkan kata-kata dan juga peneranganku. Bak kata salah seorang unit trust consultant yg telah berjaya; "TIDAK ADA ORANG MENYESAL SEBAB MENYIMPAN..TAPI MEREKA AKAN LEBIH MENYESAL KALAU LAMBAT MENYIMPAN..!"

Memang rugi bagi sesiapa yg lambat menyimpan atau baru sedar tentang merancang kewangan yg betul. Seeloknya, sejak hari pertama mendapat kerja, tanamkan niat dalam hati.. 10% ataupun RM100 asingkan untuk disimpan setiap bulan. Di zaman sekarang ini.. nilai RM100 apa lah sangat.. Beli dua tiga barang kat Tesco tu.. dah mencecah RM100. Alangkah baiknya, just tutup mata saja.. buat SI bulan2, simpan RM100 ke dalam unit trust. Insyaallah.. banyak gunanya di kemudian hari. Nanti.. di lain kali, aku akan tunjukkan bezanya menyimpan di bank, ASB, Takaful & Unit Trust hanya dgn RM100 setiap bulan...

Hmmm... dengan statement di atas, sesungguhnya.. telah membakar semangatku untuk terus bertahan dan berusaha untuk menjadi lebih baik lagi dari yang ini..  Apatah lagi... pulangan yg aku perolehi untuk bulan ini memang berbaloi-baloi..! Apalagi.. raya tak lama lagi.. Nampaknya rezeki anak-anak aku jugalah nihh..

ALHAMDULILLAH... Berkat Rezeki di bulan Ramadhan... dan berkat doa dan support dari suami dan anak-anak tersayang..  Teringat kata-kata anakku Dhiya, "Nanti.. tak lama lagi.. Mama dah jadi kaya.. bolehlah berhenti kerja...!"  Insyaallah... AMINNNN.... Doakan yg terbaik untuk Mama...   :-)

Lagipun... upline yg atas-atas serta rakan2 UTC yg lain pun dok memujuk supaya aku resign saja dari kerja skrg... dan concentrate dgn business unit trust nihh...Hmmm... bukan tak mahu.. tapi banyak sgt komitment yg aku kena settlekan. Anyway... plan nak berhenti tu mmg dalam perancangan pun.. tapi.. aku mesti achieve personal target aku; RM500k sales within 3 months starting this AUGUST 2012..!

Hehehhe... boleh ke ekkk?? Hmmm... Insyaallah.... aku akan berusaha untuk mencapai target itu! Doakan aku berjaya!...



Jumaat yang penuh pengisian...

 
JUMAAT  3hb August 2012 bersamaan 14 Ramdhan… aku dan upline aku, Alin bersama rakan-rakan unit trust  consultant yang lain berpakat untuk membuat amal jariah di samping bermesra dengan anak-anak yatim dari RUMAH SENTUHAN BUDI di Kg. Batu Sri Muda, Sentul.
Rumah Sentuhan Budi ini dibuka pada bulan August 2007, sebagai tempat perlindungan dan asrama kepada 25 orang penghuni yang memerlukan pembelaan serta kasih sayang. Di antara golongan yang mendapat perlidungan di rumah ini adalah terdiri dari anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, ibu-ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang upaya.
Antara objektif penubuhan Rumah Sentuhan Budi ini adalah; membantu anak-anak yatim yang hilang tempat bergantung, menyempurnakan sedaya mungkin dari segi pendidikan akedemiknya sehingga ke peringkat pengajian tinggi, mendidik ganerasi kecil ini menjadi insan yg soleh dan berakhlak mulia serta menjadikan ALLAH sebagai matlamat hidunya dan syariat ISLAM sbg panduaanya..
Sebenarnya, Rumah Sentuhan Budi masih banyak kekurangannya dan memerlukan jasa baik pihak luar untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan. Antara bantuan yg diperlukan ialah: computer dan mesin cetak untuk kegunaan pejabat dan pembelajaran anak-anak yatim di situ, makanan asas spt beras, gula, tepung, biskut, minyak sabun dan brg2 keperluan lain untuk kegunaan penghuni di situ. Kewangan untuk membayar sewa bangunan, bil utility serta perbelanjaan persekolahan anak2 yatim.
Banyak juga yang kami sumbangkan kepada mereka. Antaranya beras, pakaian-pakaian terpakai, barang2 keperluan memasak seperti minyak, susu dsb. Ada juga di antara kami yg menyumbangkan wang mengikut kemampuan individu.
Tersentuh juga hati dan perasaan kami apabila kami diraikan dengan persembahan nyanyian yang diiringi persembahan muzik dari anak-anak yatim itu sendiri sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih mereka kepada kami. Banyak juga yang kami bualkan bersama salah seorang penjaga mereka iaitu Puan Nora.
Di akhir pertemuan, sempat pula aku menawarkan khidmat nasihat dan bimbinganku kepada anak-anak yatim di situ melalui Puan Nora, jika ada antara mereka yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang penulisan, aku sedia menunjuk ajar. Aku percaya.. jiwa anak-anak yatim lebih sensitive dan berseni. Di dalam hati mereka ada banyak luahan yang terpendam yang hanya orang-orang tertentu sahaja yang memahami. Alangkah bagusnya jika yang terpendam itu dapat diluahkan di atas kertas seterusnya mencorakkan sesuatu penceritaan yang unik berdasarkan kreativiti mereka sendiri. Aku lebih memahaminya kerana aku juga seorang anak yatim….  L
Wajah2 suci anak2 yatim

Sempat berposing..

Bersama penjaga anak2 yatim - Puan Nora

Antara barang2 yg dibawa untuk disedekahkan kpd anak2 yatim

Anak2 yatim membuat persembahan sbg penghargaan

Anak2 yatim di Rumah Sentuhan Budi


Rakan2 unit trust consultant






Sesungguhnya, sepanjang setengah hari bersama mereka.. masa kami terisi dengan suatu pengisian rohani yang benar-benar membuat kami sedar diri dan mengingatkan kami agar menjadi seorang hamba yang bersyukur atas nikmat yg ALLAH berikan  selama ini.
Petang, bermula pukul 3.00 hingga 5.00 petang, aku menghabiskan dua jam itu dengan pengisian ilmu di Training Room Bangsar @ Public Mutual. Banyak pelajaran, ilmu serta motivasi yang aku dapat sepanjang dua jam itu. Kata-kata yang penuh semangat dan bermotivasi dari GAM Khairil sememangnya membuat aku penuh teruja dan bersemangat untuk terus bertahan dan kuat menghadapi segala halangan dalam mencapai impianku sebagai perunding unit amanah yang Berjaya. Memang owesome!! Terima kasih juga kepada unit consultant yang lain atas support kalian semua!
Selesai training… aku sudah merangka beberapa plan/strategi di kepala untuk close sales dan mencapai target yang aku set kan… Doakan aku Berjaya!  J
Malam – aku dan Alin serta rakan UTC yang lain diundang ke Majlis Berbuka Puasa di Restoran BORA ASMARA di Sg. Penchala. Majlis ini adalah ditaja sepenuhnya oleh GAM Hismazaitul yg baik hati. Terima kasih Hisma.. Semoga murah rezeki selalu…
Not bad gak restoran ni. Simple  yg bertemakan balinesee style dan makanan kat sini pun boleh tahan. Seronok gak sebab dapat mengenali dengan lebih dekat super2 UTC yg hebat dan Berjaya. Banyak juga perkongsian ilmu yg aku perolehi bersama mereka.
di Restoran BORA ASMARA, Sg. Penchala
Tiba di rumah pukul 11.00 malam. Ya ALLAH… memang letih sesangattt… malah rasa bersalah jugak sebab seharian tak jumpa si hensem boy Hariz! Sampai rumah, dia dah tidur…. Tapi.. tak apa.. moga dia faham.. Mama dia sedang mencari ilmu untuk kesenangan kita sekeluarga..
Hmmm… rasanya.. cuti sehari yg aku apply tidak sia-sia. Sepenuh hari aku mendapat pelbagai pengisian yang bukan sedikit tetapi terlalu banyak nilainya. Pengisian jiwa dan rohani… juga pengisian ilmu yg bermanafaat… Tidak ketinggalan juga.. pengisian ukhwah.. yang mana aku dapat menambahkan lagi bilangan kenalanku.. Moga ALLAH merestui sepanjang aktiviti yg aku lakukan… AMIN…